Hutang rumah antara punca bankrap
Iklan
Muka depan Sinar Harian pada Selasa. (Gambar kecil: Abdul Rahman)
SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak menolak kemungkinan hutang rumah terlalu tinggi antara penyebab berlakunya peningkatan kes penjawat awam bankrap.
Setiausaha Agung Cuepacs, Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, harga rumah mahal membuatkan segelintir penjawat awam gagal menjelaskan hutang pinjaman hingga diisytiharkan muflis.