Muhammad Yunus, pembela rakyat miskin Bangladesh
Iklan
Yunus menyampaikan ucapan semasa memfailkan rayuan untuk lanjutan jaminannya di Tribunal Rayuan Buruh di Dhaka.
DHAKA - Pemenang Hadiah Nobel, Muhammad Yunus yang merupakan musuh politik bekas Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina telah secara rasminya dilantik sebagai pemimpin sementara negara itu.
Lelaki berusia 84 tahun itu dilantik hanya 24 jam selepas Sheikh Hasina meninggalkan Bangladesh berikutan protes berminggu-minggu yang mengorbankan ratusan orang.