Sia-sia penswastaan jika pemain tak kualiti
Iklan
Tonggak kacukan Harimau Malaya, Dion Cools (tengah) antara pemain yang sering menampilkan aksi konsisten setiap kali menyarung jersi skuad kebangsaan.
PENGENALAN proses penswastaan Harimau Malaya seperti dicadangkan oleh pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menimbulkan persoalan sama ada ia dapat membantu meningkatkan prestasi pasukan kebangsaan.
Bekas pemain negara, Azlan Johar berkata, isu paling utama dalam pasukan kebangsaan ketika ini bukan semata-mata mengenai pengurusan pasukan kebangsaan tetapi lebih kepada kualiti pemain yang dimiliki.
Iklan
Iklan
Menurutnya, apa jua penstrukturan yang akan berlaku tidak akan berhasil sekiranya masalah utama belum dapat diselesaikan membabitkan kemampuan pemain di pentas antarabangsa.
"Setiap pandangan yang diberikan sudah tentu untuk membawa pasukan ke arah yang lebih baik. Tak ada siapa yang bagi pandangan nak lihat pasukan negara mundur.
Iklan
"Cuma saya tidak faham adakah penswastaan ini akan membawa pasukan negara ke arah lebih baik. Ia juga tidak pernah dibuat oleh mana-mana negara.
"Saya melihat perkara paling asas untuk diperbaiki adalah bagaimana kita hendak melahirkan pemain berkualiti daripada peringkat bawah lagi.
Iklan
"Malah, kita perlu memastikan ramai pemain kita beraksi di luar negara. Kita ambil contoh Maghribi yang sebelum ini lemah, tetapi bagaimana pasukan mereka menjadi bagus kerana ramai pemain mereka yang beraksi di Eropah,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.
Sebelum ini, Tunku Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor berkongsi dokumen di media sosialnya mengenai cadangan dipercayai proses penswastaan Harimau Malaya di bawah satu badan bebas.
Badan bebas tersebut akan diketuai ketua pegawai eksekutif (CEO) atau pengarah teknikal dan dibantu beberapa jawatan lain seperti pengarah kejurulatihan, ketua operasi dan pengarah strategi.
Turut menimbulkan tanda tanya apabila Tunku Ismail berkongsikan tarikh 15 Disember 2024 yang mungkin menjadi tarikh penting buat skuad negara.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>