Ajal motosikal terbabas sebelum langgar treler

Iklan
Keadaan motosikal mangsa.

TAMPIN - Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabas ke kiri jalan sebelum terlanggar sebuah treler yang diparkir di bahu jalan di Kilometer 0.5 Jalan Gemencheh-Batang Melaka awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Ramli Kasa berkata, dalam kejadian 4.50 pagi itu, mangsa, Firdhaus Razali, 22 menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 dari arah Batang Melaka ke Gemencheh.

Iklan
Iklan

"Akibat kemalangan tersebut, mangsa maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan," katanya hari ini.

Lokasi kejadian.

Iklan

Ramli berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke unit forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat.

"Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Iklan

Mangsa maut di lokasi kejadian.