Mudahkan proses peroleh sijil halal
Iklan
Pengusaha restoran beragama Islam biasanya mendapatkan bekalan bahan mentah daripada pembekal yang telah pun diperakui halal. Gambar hiasan
SHAH ALAM - Proses mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia perlu ditambah baik sekiranya kerajaan bercadang untuk mewajibkan semua restoran dan syarikat makanan memperolehinya.
Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, ketika ini ramai pemain industri mendakwa sukar untuk mendapatkan pengiktirafan halal tersebut kerana perlu melalui satu proses yang panjang serta rumit kerana piawaian ketat agensi berkenaan.