Skuadron Istiadat Berkuda

Iklan
Anggota tentera dari unit 21 Skuadron Istiadat Berkuda (21 SIB) memakai penutup hidung dan mulut sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan jangkitan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) semasa melakukan penugasan berkawal di hadapan Istana Negara yang menjadi tarikan pelancong asing ketika tinjauan hari ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat kesihatan awam berikutan kebimbangan dunia terhadap jangkitan 2019-nCoV. Novel koronavirus mula dikesan pada Disember di Wuhan, China yang menyebabkan radang paru-paru dan gejala lain seperti demam, batuk dan kesukaran bernafas. - Foto Bernama