MAS: Di persimpangan sekali lagi
Iklan
Dari Jun hingga September tahun ini, MAS telah merekodkan tujuh kali pusingan semula dan pendaratan cemas kerana masalah teknikal. Foto hiasan
PERTAMA kali terlibat secara langsung untuk menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) ketika itu pada 2014 – Jemaah Kabinet telah meluluskan suntikan dana RM6 bilion melalui cash cow terbesar negara, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).
Dalam usaha penstrukturan semula, Malaysia Airlines Rehabilitation Plan (MARP) telah digarap untuk menyambung nafas terakhir kepada syarikat penerbangan negara yang tenat selepas ditimpa tragedi berkembar MH370 dan MH17.