'Tuntutan palsu umpama rompak wang pencarum'
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Khamis.
SHAH ALAM - Tindakan memalsukan tuntutan hilang upaya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang bertujuan melindungi kebajikan individu sekiranya berlaku kemalangan, penyakit atau kecederaan berkaitan pekerjaan umpama rompakan terhadap wang pencarum.
Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, tuntutan palsu itu turut melanggar prinsip keadilan dan integriti dana keselamatan sosial dikhususkan untuk membantu pekerja yang benar-benar memerlukan.