PMOBOR terus sokong syarikat Malaysia melabur di China
Iklan
Ismail Sabri (tengah) hadir pada program tersebut sempena rangka lawatan kerja ke China selama 12 hari.
PERSATUAN Muafakat One Belt One Road (PMOBOR) akan terus menyokong mana-mana perusahaan dan syarikat dari Malaysia untuk meneroka peluang di China terutamanya di bawah Belt and Road Initiatives (BRI).
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, persatuan tersebut mempunyai jaringan yang luas bagi membantu golongan perniagaan dan pemain industri untuk menembusi pasaran China.
Ismail Sabri berucap pada program tersebut di Beijing, China.
Iklan
Iklan
Beliau yang juga Penaung PMOBOR berkata, sebagai contoh syarikat jualan langsung, CNI kini berada dalam Top 20 di China dan meletakkan sasaran untuk berada di kedudukan Top 10 dalam masa lima tahun.
"Dengan inisiatif BRI, PMOBOR yakin dan percaya CNI akan terus berjaya dan kekal kukuh di persada antarabangsa serta meningkatkan hubungan dua hala khususnya perdagangan dan pelaburan di antara Malaysia dan China.
Iklan
"Saya ingin ucapkan tahniah kepada CNI kerana telah berkembang begitu pesat dan berjaya dalam pelbagai bidang hingga berjaya bertapak di China dan meluaskan sayap perniagaannya di negara ini,” katanya.
Ismail Sabri hadir pada program bertemu dengan 500 vendor CNI di Beijing, China.
Beliau berkata demikian ketika bertemu dengan 500 vendor CNI di China pada Rabu.
Iklan
Ismail Sabri bersama delegasi PMOBOR dalam rangka lawatan kerja ke negara itu selama 12 hari bermula kelmarin.
Lawatan kerja sempena 50 Tahun Hubungan Malaysia - China itu bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dua hala khususnya dalam sektor perdagangan, sekali gus membuka peluang-peluang baharu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="WCE sumbang RM10,000 jaga kebajikan seladang jantan Zoo Taiping"><meta itemprop="description" content="WCE sumbang RM10,000 jaga kebajikan seladang jantan Zoo Taiping
West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) menyumbang RM10,000 bagi menaja seekor seladang jantan di Zoo Taiping & Night Safari sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan terhadap pemuliharaan biodiversiti.
Pengarah Urusannya, Lyndon Alfred Felix berkata, sumbangan menerusi Program Anak Angkat Seladang itu bertujuan menampung kos pemeliharaan dan operasi haiwan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789091/bisnes/wce-sumbang-rm10000-jaga-kebajikan-seladang-jantan-zoo-taiping
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #WCE #ZooTaiping #seladangjantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-23T10:15:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P87S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xargksi"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xargksi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xargksi"></script>