Penggunaan e-voting perlu jaminan telus, tidak boleh dimanipulasi
Iklan
Penggunaan sistem e-voting juga bukan sahaja memberi alternatif baharu kepada pengundi, malah selari dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan kecerdasan buatan (AI) yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. Gambar hiasan Gambar kecil: Azli (kiri), Mohd Yadzil
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh memperkenalkan sistem pengundian dalam talian atau e-voting jika kerajaan boleh menjamin kaedah pengundian berkenaan benar-benar telus dan tidak boleh dimanipulasi demi kepentingan politik pihak tertentu.
Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof berkata, beliau secara dasarnya bersetuju jika kerajaan mahu melaksanakan sistem e-voting bagi menambak baik dan mentransformasikan proses pilihan raya di Malaysia, selain memudahkan orang ramai keluar mengundi pada masa depan.