‘Tiada syarat pelik, kenapa takut’
Iklan
Mujahid Yusof. FOTO SINAR HARIAN/MOHD HALIM ABDUL WAHID
SHAH ALAM - Kandungan memorandum persefahaman (MoU) yang ditawarkan kerajaan hanya melibatkan syarat asas supaya adanya komitmen daripada pembangkang untuk memastikan kestabilan negara.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, pembangkang tidak perlu berdolak-dalik kerana apa yang ditawarkan adalah tidak lari daripada prinsip kenegaraan.