SG4 Group jangan ulangi kegagalan 1MDB, TIA
Iklan
Ahmad Samsuri (tiga dari kanan) bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (kiri), Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud (dua dari kiri) dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli (dua dari kanan) merasmikan Sidang Kemuncak SG4 di Kajang pada Isnin. Foto ROSLI TALIB
PADA 2 September lalu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis menubuhkan sebuah syarikat dinamakan SG4 Group Sdn Bhd (SG4) bagi berkongsi kekayaan dan mengagihkan hasil kepada empat-empat negeri itu secara saksama.
Penubuhan syarikat itu dianggap penting terhadap pembangunan negeri-negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dengan pakatan pembangkang berkenaan bersetuju melantik bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Ketua Panel Penasihat.