Sindiket e-waste eksploitasi kanak-kanak jadi buruh
Iklan
Pegawai operasi D3 JSJ Bukit Aman menjalankan soal siasat terhadap mangsa yang disyaki dieksploitasi sebagai buruh.
KUALA LUMPUR - Sindiket memproses sampah elektronik (e-waste) dikesan mengeksploitasi kanak-kanak warga asing sebagai buruh.
Itu antara kesalahan yang dikesan hasil serbuan kilang e-waste haram dalam negara oleh Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman hasil risikan dan maklumat.