Budak terpaksa bekerja demi kelangsungan hidup
Iklan
Di Bangladesh, kanak-kanak terpaksa bekerja dalam tempoh yang lama untuk membantu keluarga. (Gambar kecil: Kamal Affandi)
SHAH ALAM - Tenaga buruh kanak-kanak dalam kalangan warga asing bukanlah sesuatu yang baharu kerana kebanyakannya disebabkan faktor kelangsungan hidup.
Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, jika di Malaysia, situasi itu akan dianggap sebagai eksploitasi tapi bagi mereka, keputusan untuk bekerja pada usia muda adalah demi memperbaiki kehidupan.