SWITZERLAND – Video seorang lelaki yang terjatuh dari tingkap dalam keadaan separuh bogel dan berstoking di sebuah apartmen tular di laman sosial.
Rakaman tersebut dikongsi di Snapchat dan Reddit yang mendapat tontonan lebih daripada 30,000 kali.
Menerusi video berkenaan, lelaki tersebut dilihat sedang berpaut di tepi tingkap sebelum terjatuh di atas sebuah van.
Rata-rata netizen berpendapat lelaki itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang tinggal di apartmen tersebut yang terpaksa melarikan diri kerana suami atau teman lelakinya pulang ke rumah.
"Ini mesti kes lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan dekat apartmen itu. Ini 'cabut' sebab suami atau teman lelaki perempuan itu dah balik rumah. Tak tahu nak lari mana, tingkap pun jadilah,” tulis Nick Zack.
Abraham pula memberitahu,"Apa yang dia lakukan itu mungkin tindakan yang betul untuk larikan diri sebab kantoi berskandal tetapi cara dia jatuh memang kelakar."
Bagaimanapun, persoalan netizen terjawab apabila pemilik premis itu, Daniel Ulmer menjelaskan perkara sebenar berlaku.
"Lelaki itu sebenarnya melarikan diri daripada polis,” katanya.
Terdahulu, polis Switzerland mengesahkan kejadian yang berlaku di premis itu tahun lalu tetapi video tersebut hanya tular baru-baru ini.