Jangan curang, jaga reputasi
Iklan
Dalam apa juga pun pekerjaan, kita sebagai pekerja perlu menjaga identiti dan reputasi kerjaya itu. Gambar hiasan 123RF
TAHUN lalu seorang profesor di Universiti Havard, Charles Lieber telah dijatuhkan hukuman penjara di rumah kerana penglibatannya dengan kerajaan China dalam satu program merekrut pakar ke negara tembok besar itu.
Penglibatannya itu bukanlah satu dosa, tapi dosanya ialah kerana beliau digajikan oleh sebuah universiti di China, dan beliau tak membayar cukai kepada kerajaan Amerika Syarikat. Gajinya itu pula dimasukkan ke sebuah akaun di China.