Restoran, rumah urut tawar khidmat seks diserbu

Iklan
Antara yang ditahan dalam operasi Imigresen di Jalan Pudu dan Sri Petaling semalam.

KUALA LUMPUR - Sebuah restoran yang dikenali 'kedai kopi korek' dan rumah urut 'happy ending massage' diserbu Jabatan Imigresen Malaysia dalam dua operasi berasingan di Jalan Pudu dan Sri Petaling semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, seramai 37 warga asing dan dua warga tempatan ditahan di premis yang menjalankan aktiviti tidak bermoral termasuk khidmat seks dan gadis pelayan pelanggan (GRO).

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai 88 orang diperiksa dalam operasi pertama di restoran terletak di Jalan Pudu dan 26 wanita pelbagai warganegara ditahan.

"19 daripadanya merupakan warga China, empat (warga Indonesia), dua (warga Myanmar) dan seorang wanita warga Thailand yang bekerja sebagai GRO, penari, penyanyi dan juga pekerja premis tersebut.

Iklan

"Wanita berkenaan dikehendaki menemani pelanggan ketika makan dan akan menerima tips antara RM50 hingga RM100 daripada pelanggan itu," katanya.

Selain itu katanya, seramai lima lelaki warga asing terdiri daripada tiga warga Bangladesh dan dua warga Myanmar turut ditahan dalam operasi sama.

Iklan

Dalam operasi berasingan Khairul Dzaimee berkata, rumah urut yang menawarkan pakej seks dengan harga RM178 hingga RM188 bagi tempoh masa langganan selama 45 minit turut diserbu.

"Imigresen menahan lima wanita Vietnam dan seorang wanita warga Indonesia. Turut ditahan dua warga tempatan yang bekerja sebagai penyelia, juruwang merangkap penjaga wanita warga asing di premis tersebut.

"Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal lebih masa di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.

.