Sumbangan mesin padi bernilai RM298,000 bantu petani
Iklan
Antara peserta Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (SBBA) Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) ketika ditemui di Padang Lumat, Yan, Kedah.
YAN - [DIKEMAS KINI] CIMB Islamic Bank Berhad memberi sumbangan sebuah mesin padi bernilai RM298,000 kepada peserta Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (SBBA) Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi mengurangkan beban ditanggung petani.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Islamic, Ahmad Shahriman Mohd Shariff berkata, sumbangan berkenaan diharap dapat membantu petani yang terdiri daripada asnaf menjimatkan kos penanaman sekali gus meningkatkan hasil tanaman secara optimum.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sumbangan itu bukan sekadar memberi bantuan secara langsung, namun membuka peluang lebih besar dalam usaha memajukan bidang pertanian terutama menaik taraf golongan asnaf terlibat.
"Harapan kami ialah bagaimana nak menaikkan ekonomi asnaf, daripada mereka menerima bantuan secara berterusan, (lebih baik) mereka dapat ilmu dan bukan sahaja dapat membantu ekonomi mereka malah keluarga mereka juga," katanya.
Iklan
Beliau ditemui ketika pelancaran menuai padi musim 1/2024 SBBA LZNK dan perasmian jentera menuai sumbangan CIMB Islamic Bank di Padang Lumat, di sini pada Isnin.
Hadir sama CEO LZNK, Datuk Zakaria Othman.
Iklan
Sementara itu, Zakaria berkata, LZNK pada hari ini bukan sekadar instrumen kewangan Islam tetapi cuba untuk membangunkan ekonomi Islam dalam bentuk serta nafas yang baharu membabitkan kerjasama pelbagai agensi seperti sumbangan mesin jentera menuai oleh CIMB yang ternyata menjimatkan peserta terdiri daripada 89 orang asnaf.
"Kaedah yang ditampilkan ini bukan satu sistem baru tetapi yang ada dalam agama, yang disebutkan semakin kita lupakan dan perlu ditonjolkan kembali ialah bagaimana kerjasama membangunkan ekosistem bawah zakat...dengan harapan penglibatan pelbagai agensi ianya beri manfaat kepada petani.
"Alhamdulillah bawah SBBA, semua peserta tak perlu keluarkan satu sen modal pun, ia didahulukan oleh LZNK," katanya.
Setakat ini, katanya, dengan hasil bantuan serta sumbangan pelbagai pihak, ada peserta berjaya memperolehi hasil padi mencecah lapan tan sehektar berbanding 4.5 hingga 6.5 tan per hektar secara kebiasaan.
"Daripada kumpulan petani miskin, dengan penjimatan kos yang begitu ketara ini, sudah pasti mereka dapat keuntungan lansung dan luar biasa," katanya.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.