Lima strategi untuk PN tawan DUN Mahkota
Iklan
Terdapat lima taktik jitu PN untuk bangkit semula merampas kemenangan di DUN Mahkota dan menembusi benteng kukuh BN yang memegang majoriti dua pertiga di negeri Johor. Gambar kecil dari kiri: Ariff Aizuddin, Anis Anwar
PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantan pada 17 Ogos lalu mencipta satu kejutan.
Barisan Nasional (BN) merampas kerusi tersebut daripada Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 3,352 undi, iaitu empat kali ganda berbanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).