Wasiat Raja-Raja Melayu, bebas dibelenggu pemikiran penjajah perlu diteliti
Iklan
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Setelah negara mencapai kemerdekaan 67 tahun, terdapat dua perkara yang perlukan penelitian semula bagi memastikan rakyat Malaysia benar-benar bebas daripada penjajah bukan sahaja secara fizikal malah pemikiran.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara pertama yang ingin ditekankan adalah berkenaan dengan tujuh wasiat Raja-Raja Melayu sewaktu mereka menyerahkan kuasa kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, antara wasiat tersebut adalah memartabatkan Bahasa Melayu, keistimewaan orang Melayu, kedudukan Raja-Raja Melayu yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama Persekutuan dan meningkatkan rejimen askar Melayu.
"Kita sepatutnya berasa bangga menjadi bahasa seantero dunia. Kita lihat bagaimana bahasa Melayu menjadi bahasa yang dominan misalnya di Indonesia, Brunei malah sebahagian Selatan Thailand menggunakan bahasa Melayu dalam percakapan mereka.
Iklan
"Tujuh wasiat tersebut perlu diperhalusi daripada masa ke masa supaya kita dapat patuhi mandat dan wasiat Raja-Raja Melayu," katanya menerusi laman Facebook pada Sabtu.
Tambah Tuan Ibrahim, perkara kedua yang perlu diteliti adalah berusaha membebaskan diri dan jiwa daripada terus dibelenggu penjajah seiring dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu 'Jiwa Merdeka'.
Iklan
Jelasnya, dalam konteks Islam 'Jiwa Merdeka' adalah bebas daripada syirik kepada ALLAH, menjadi hamba kepada hawa nafsu, harta benda, pangkat dan manusia.
"Jadi marilah sama-sama kita mengisi kemerdekaan dengan erti yang sebenar iaitu membebaskan diri dan jiwa daripada pemikiran penjajah.
"Islam datang untuk memerdekakan manusia daripada syirik pada ALLAH, menjadi hamba kepada manusia, hawa nafsu tanpa mempedulikan halal dan haram," ujarnya.
Beliau turut menasihati rakyat Malaysia agar menjaga perpaduan kaum dan menghormati hubungan antara satu sama lain.
"Saya berharap tidak ada pihak yang terlampau ekstremis dalam tindakan menghukum dan seumpamanya. Jangan terpengaruh dengan media sosial yang sengaja melaga-lagakan serta menimbulkan suasana polemik tidak selesa.
"Ini kerana kita perlu wariskan negara ini kepada generasi akan datang dengan keharmonian dan perpaduan seterusnya dapat memaju ekonomi supaya mereka dapat meneruskan kebaikan tersebut," katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.