'31 Ogos 'hari raya' buat kami'
Iklan
Nurul Ain dan anak-anaknya sedondon memakai pakaian bertemakan Jalur Gemilang bagi meraikan Sambutan Hari Kebangsaan di Padang MBS pada Sabtu.
SEREMBAN - Bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan dengan cara lebih bermakna, seorang suri rumah sanggup menempah pakaian bertemakan Jalur Gemilang untuk dipakainya sekeluarga.
Seawal jam 4 pagi, Nurul Ain Abd Halim, 38, bersama empat anak serta ibunya sudah bersiap-siap untuk ke Padang Majlis Bandaraya Seremban(MBS) di sini bagi meraikannya.
Iklan
Iklan
Menurutnya, 31 Ogos sudah dianggap seperti 'hari raya' buatnya dan disebabkan itu pakaian baharu akan disediakan untuk anak-anaknya.
"Dari usia anak sulung saya lapan bulan sehingga saya dah ada empat orang anak sekarang, memang saya tak pernah terlepas untuk datang ke padang MBS ini merasai suasana menyambut Hari Kebangsaan.
Iklan
"Ia dah macam hari raya buat kami kerana saya akan menempah baju bertemakan Jalur Gemilang untuk anak-anak pakai pada hari tersebut," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di padang MBS pada Sabtu.
Malah ujarnya, anak-anaknya sangat teruja untuk meraikan 31 Ogos dan tidak kisah bangun seawal jam 3 pagi untuk bersiap-siap.
Iklan
Katanya, dia mahu mereka diterapkan dengan semangat patriotik sejak kecil sekali gus menghargai dan memahami erti sebenar kemerdekaan.
"Bukan mudah untuk kita mencapai merdeka dan ia adalah hasil pengorbanan para pejuang terdahulu.
"Jadi bagi saya kita perlu menghargainya termasuk meraikannya setiap kali 31 Ogos supaya tarikh keramat ini terus diingati sampai bila-bila," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tukang kebun baru dua bulan bekerja jumpa gelang emas RM15,000"><meta itemprop="description" content="Tukang kebun baru dua bulan bekerja jumpa gelang emas RM15,000
Kejujuran seorang tukang kebun di Muzium Samudera, Banda Hilir di Melaka tidak rambang mata apabila memulangkan seutas gelang emas yang dianggarkan bernilai RM15,000, Ahad lalu wajar dipuji, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tengku Anddy Asmawi Tengku Ahamad, 28, yang baru dua bulan bekerja di muzium berkenaan tidak berfikir panjang dan terus menyerahkan gelang seberat 25 gram itu kepada kakitangan muzium.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795651/edisi/melaka-ns/baru-dua-bulan-bekerja-tukang-kebun-pulangkan-gelang-emas-rm15000
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jumpagelangemas #nilaimurni #inspirasi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-10T06:00:24.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P147S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb6ebv2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb6ebv2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb6ebv2"></script>