Seluruh jentera parti komponen digerakkan ke DUN Mahkota - Asyraf Wajdi
Iklan
Asyraf Wajdi
SHAH ALAM - Seluruh jentera parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan terutama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan digerakkan sepenuhnya ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia bertujuan untuk memenangi hati dan sokongan rakyat daripada pelbagai kaum serta agama di lokasi berkenaan.
Iklan
Iklan
"Menyokong penuh calon BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota, mewakili Kerajaan Perpaduan Malaysia yang bakal dinamakan oleh kepimpinan tertinggi parti itu dalam masa terdekat.
"Seluruh jentera parti-parti komponen akan digerakkan sepenuhnya bagi memenangi hati dan sokongan pengundi di DUN Mahkota daripada pelbagai kaum dan agama,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.
Iklan
Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia yang berlangsung di Seri Perdana, Putrajaya.
PRK Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, yang meninggal dunia pada 2 Ogos ketika dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.
Iklan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 September manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September.
Tambah Asyraf, mesyuarat tersebut memperakui struktur jentera kerajaan bagi menghadapi PRK Mahkota dengan melantik Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Pengarah PRK dan Aminolhuda Hassan selaku Penyelaras Jentera PH.
Beliau turut memaklumkan mesyuarat berkenaan memandang serius isu 3R (kaum, agama dan raja) dan mempertahankan kedaulatan serta kedudukan Raja-Raja Melayu seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.
"Mesyuarat turut memandang serius isu-isu mengenai 3R dan menegaskan akan menumpahkan taat setia kepada kedudukan Raja-Raja Melayu,” katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.