Ibu kota baharu mampu tarik pelabur asing
Iklan
Sudah tiba masanya pembangunan yang dirancang di Kuala Lumpur dipindahkan ke lokasi lain kerana ia merupakan sebuah kota yang tidak dirancang dan tumbuh secara semula jadi. Gambar kecil: Barjoyai
SHAH ALAM - Pemindahan pembangunan pesat di Kuala Lumpur ke lokasi ibu kota baharu dijangka memberi kesan positif kepada ekonomi Malaysia.
Pakar Ekonomi daripada Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, ini kerana pemindahan itu bakal menarik pelabur asing ke negara ini nanti.