Koronavirus mula menular di UK
Iklan
LONDON - Dua kes novel koronavirus disahkan di United Kingdom (UK), kes yang pertama kali dilaporkan di negara itu, kata pihak berkuasa kesihatan hari ini.
"Kita mengesahkan dua pesakit di England adalah daripada keluarga yang sama, telah diuji positif dijangkiti koronavirus," lapor agensi berita Anadolu menurut Ketua Pegawai Perubatan untuk England, Chris Whitty.