Sukma: Showcase kejayaan Sarawak
Iklan
Suasana pada Majlis Penutup Sukma Sarawak 2024 di Stadium Perpaduan Petra Jaya. Foto Bernama
SETELAH lapan hari berlangsung bermula 17 Ogos lalu, Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak melabuhkan tirai malam tadi dengan upacara penutupan diadakan di Stadium Perpaduan di Kuching.
Bagi Sarawak, penganjuran Sukma kali ke-21 itu adalah testimoni membanggakan keupayaannya untuk menjayakan satu acara nasional amat berprestij.