Agytek bina ekosistem digital kukuh di Malaysia
Iklan
Majlis pelancaran rasmi Agytek diadakan di PJ Hilton Hotel, Petaling Jaya pada Khamis.
SEBUAH inovator baharu dalam teknologi, Agytek Sdn Bhd (Agytek) dilancarkan bagi membina ekosistem digital yang kukuh di Malaysia dan menjadikan negara ini sebagai hab kecerdasan digital industri di Asia Tenggara.
Agytek dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mendapat kerjasama strategik daripada Altel Group Sdn Bhd iaitu anak syarikat Kumpulan Tradewinds dari Malaysia serta GYMD Digital Technology (anak syarikat Kumpulan Geely dari China).
Iklan
Iklan
Menurutnya, Agytek bersedia untuk menjadi pemain utama industri digital dengan memanfaatkan kejayaan dalam transformasi digital di 11 industri utama serta sumber daya dan kepakaran teknikal yang kukuh.
"Dalam usaha untuk meningkatkan landskap digital Malaysia, Agytek komited untuk memainkan peranan utama dalam transformasi digital negara melalui penyelesaian inovatif dan perkhidmatan berkualiti tinggi selaras dengan visi dan misi memperkasa Malaysia Madani melalui penguasaan teknologi digital negara secara mampan serta menyeluruh.
Iklan
"Selain itu, fokus mereka dalam menyediakan penyelesaian perniagaan yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan industri digital yang semakin berkembang serta kepakaran dalam kecerdasan digital industri tidak dapat ditandingi,"ujarnya.
Iklan
Sementara itu, Penggerak utama Agytek, Tiger Wang berkata, syarikat menyatakan komitmen untuk menjadikan Malaysia sebagai hab digital di Asia Tenggara.
Jelasnya, beliau percaya perkhidmatan unik ditawarkan Agytek terutamanya dalam menyediakan penyelesaian digital bersepadu akan membuka banyak peluang kerjasama dengan agensi kerajaan dan sektor swasta di Malaysia sambil membina ekosistem holistik yang kukuh.
"Syarikat ini bertujuan untuk menarik industri digital berkeperluan tinggi, memacu pertumbuhan perniagaan mampan dan produktiviti teknologi. Kehadiran Agytek dalam kerjasama ini dijangka akan memupuk inovasi, mewujudkan sinergi yang berimpak, dan meningkatkan produktiviti pembuatan seterusnya menjadikan Malaysia sebagai hab baru dalam domain digital.
"Majlis pelancaran ini adalah bukti komitmen dan aspirasi Agytek untuk menyediakan penyelesaian perkhidmatan yang inovatif dan berkualiti tinggi kepada pelanggan mereka," katanya
Untuk maklumat lanjut mengenai Agytek dan perkhidmatan yang ditawarkan, layari laman web rasmi di www.agytek.my.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>