Jangan jadikan PAU 2024 platform syok sendiri
Iklan
Ahmad Zahid bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO hadir pada Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Rabu. Foto Bernama
SETELAH hampir dua tahun berdepan ranjau berduri susulan prestasi mengecewakan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 dan beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK), UMNO dan Barisan Nasional (BN) akhirnya kini boleh kembali tersenyum.
Kejayaan besar UMNO-BN merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada PRK baru-baru ini sudah pasti memberi tonik tambahan kepada parti itu dalam mendepani cabaran politik negara yang semakin menggunung.