Mansuhkan usul 'No DAP, No Anwar'
Iklan
PAU tahun ini akan berlangsung dari 21 hingga 24 Ogos ini dan sekali lagi UMNO akan menjadi tumpuan dalam dan luar negara.
SHAH ALAM - Pucuk pimpinan tertinggi UMNO terutama Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu menggunakan Perhimpunan UMNO (PAU) 2024 ini bagi merungkaikan atau memansuhkan usul 'No DAP dan No Anwar' yang diputuskan semasa PAU 2022.
Tindakan itu perlu kerana UMNO sekarang sudah menjalinkan kerjasama politik dengan bekas musuh ketat politiknya iaitu DAP dan Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan di Putrajaya sekarang.