Tangani persepsi tentang AI
Iklan
Sudah sampai masa Malaysia berani melabur besar-besaran dalam bidang AI kerana ia banyak memberikan pulangan positif pada masa depan. Gambar hiasan 123rf
TUJUH hari lalu ketika menghadiri forum bertajuk Responsible Digital Future di Bogota, Colombia, Putera Harry meluahkan rasa ketakutannya terhadap kecerdasan buatan (AI).
‘Putera terbuang’ itu percaya ramai takut dan tidak pasti fungsi sebenar AI dalam kehidupan mereka. Harry turut percaya AI menerusi media sosial telah memecah belah keharmonian masyarakat di seluruh dunia.