Projek HSR: Manfaat atau mudarat?
Iklan
Kos Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dari Kuala Lumpur ke Singapura dijangka naik antara RM90 bilion hingga RM100 bilion. Gambar hiasan
MENINGGALKAN Kuala Lumpur menuju Marang berbeza pengalamannya kali ini.
Di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur-Karak, Temerloh, Maran, Gambang, Jabor, Perasing, Kijal dan Paka – sebelum melalui susur keluar Kuala Dungun, bahagian kiri kanan lebuh raya dipenuhi kerja-kerja pembangunan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).