Elemen niat tidak diambil kira di bawah Akta Hasutan 1948 - Azalina
Iklan
Azalina
KUALA LUMPUR - Elemen niat tidak diambil kira di bawah Akta Hasutan 1948 apabila seseorang mengeluarkan kenyataan sensitif.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, jika ia sudah berlaku undang-undang tersebut dianggap telah dilanggar tanpa mengambil kira niat pelaku.
Iklan
Iklan
"Pada saya Akta Hasutan merupakan satu undang-undang yang sangat tinggi tahapnya. Bagaimana kamu mahu jelaskan apakah niat kamu? Adakah niat dilihat sebagai pembelaan dalam Akta Hasutan? Itu bergantung kepada polis (untuk siasat).
"Macam niat itu, saya tidak boleh jawab orang yang lafaz sahaja tahu apa niat dia,” katanya ketika ditemui sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Khamis.
Iklan
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan kenyataannya dengan mendakwa Yang di-Pertuan Agong ke-16 sebelum ini tidak mengundangnya untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri walaupun mempunyai sokongan cukup ahli Parlimen.
Tambah Azalina, sebelum pembentukan perpaduan di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sentiasa memastikan kuasa yang diamanahkan kepadanya tidak disalahgunakan.
Iklan
"Agong juga membuat pertemuan empat mata antara setiap ahli Parlimen yang menyatakan sokongan terhadap keputusan tersebut.
"Dalam kes ini kami dipanggil Agong, Agong kena puas hati dalam perkara ini. Ia adalah budi bicara Agong.
"Saya tengok Agong dalam situasi berapa banyak kerajaan ditukar, dia tanya kami setiap seorang. Baginda nak sangat menjaga supaya dia tidak melebihi kuasa yang diberi pada dia,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Azalina mengingatkan Muhyiddin supaya menghormati proses yang telah selesai sebelum ini dan menerimanya secara terbuka.
Menurutnya, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga boleh menggunakan pilihan raya yang akan datang untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.
"Kita ada tinggal tiga tahun, lawan je lah. Tidak ada masalah ini demokrasi,” tambah beliau.
Sebelum ini media melaporkan, polis merakam keterangan Muhyiddin berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum) ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, baru-baru
Ahli Parlimen Pagoh itu dilapor menyebut bahawa bekas Agong tidak mengundangnya untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri walaupun mempunyai sokongan cukup ahli Parlimen.
Ucapan Muhyiddin di kempen tersebut juga didakwa mempersoalkan tugas Al-Sultan Abdullah dalam satu video tular di media sosial.
Terbaharu, Muhyiddin dirakam keterangan di pejabatnya di KL Sentral selepas polis menerima 30 laporan terhadap beliau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.