Sokongan Melayu masih rendah
Iklan
Ahmad Zahid bergambar bersama wakil media cetak selepas selesai wawancara khas sempena PAU 2024 baru-baru ini.
KUALA LUMPUR - UMNO mengakui tahap sokongan orang Melayu terhadap parti berkenaan ketika ini masih rendah.
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keadaan ini didorong oleh kegagalan mengurus sentimen dan persepsi terutamanya melalui pendekatan baharu iaitu komunikasi tanpa lisan seperti medium dalam talian.