Koronavirus: KKM nafi warga India meninggal dunia di Malaysia

Iklan
Kementerian Kesihatan menafikan laporan salah sebuah agensi berita India yang melaporkan seorang warganegara itu meninggal dunia di Malaysia kerana Koronavirus

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan menafikan laporan sebuah agensi berita India berhubung kematian seorang warganegara itu berumur 23 tahun di Malaysia kerana jangkitan koronavirus.

Kementerian Kesihatan menerusi hantaran di Facebook berkata, berdasarkan maklumat diterima sehingga jam 6 petang hari ini, lelaki tersebut tidak ada dalam senarai notifikasi dan kes-kes positif yang dilaporkan kepada pihaknya.

Iklan
Iklan

"Untuk makluman, tiada rekod warganegara India yang direkodkan oleh makmal yang menjalankan ujian pengesahan koronavirus di Malaysia," katanya hari ini.

Sebuah agensi berita di India, NDTV melaporkan, Manir Hossain meninggal dunia di sebuah hospital Malaysia kerana jangkitan koronavirus selepas datuknya, Abdul Rahim mendakwa menerima berita tersebut daripada pihak berkuasa negara itu.

Iklan

Laporan itu turut menyebut Manir yang berasal daripada Purathal Rajnagar, India telah pergi ke Malaysia pada 2018 dan bekerja di sebuah restoran.

Laporan berhubung dakwaan kematian warga India itu turut diterbitkan kebanyakan agensi media di negara tersebut.

Iklan