PENYANDANG juara Manchester City membuka gelanggang Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan laungan awal apabila menjinakkan Chelsea, 2-0 di Stadium Stamford Bridge.
Angkatan Pep Guardiola yang bertandang ke London dengan status juara Perisai Komuniti ternyata berdepan gaya permainan kompak skuad kendalian Enzo Maresca seawal minit perlawanan.
Iklan
Iklan
Gawang The Blues akhirnya bolos apabila penyerang sensasi The Citizens, Erling Haaland membuka akaun gol pertama musim ini selepas menyudahkan sentuhan Bernardo Silva, minit ke-18.
"Tiga mata permulaan yang sempurna buat Manchester City," kata Haaland.
Bekas pemain tengah Chelsea, Mateo Kovacic kemudian memastikan kemenangan pasukan pelawat dengan gol minit ke-84.
City, yang memburu kejuaraan kelima berturut-turut selepas ini akan menerima kunjungan Ipswich Town di Stadium Etihad pada 24 Ogos sebelum bertandang ke London sekali lagi berdepan West Ham United (1 September).
Artikel Berkaitan