Jamin kebajikan ahli melalui GEAR-uP
Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (duduk, tengah) ketika diberi taklimat mengenai program GEAR-uP yang menggabungkan syarikat GLIC untuk menggerakkan reformasi struktural Malaysia seperti didamba dalam kerangka Ekonomi Madani baru-baru ini.
PENGUMUMAN kerajaan mengenai program GEAR-uP adalah perkara positif yang amat besar direka khusus untuk mengukuhkan ekonomi domestik.
Program itu sendiri bertujuan untuk memanfaatkan kecairan sebanyak RM1.8 trilion dalam aset di bawah pengurusan (AUM) yang kini dipegang oleh enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).