Xin Ying lakar sejarah di Sukma 2024
Iklan
Xin Ying meraih emas pertama kontinjen Sabah.
PEMAIN skuasy negara, Yee Xin Ying mencipta sejarah apabila memenangi pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) pertama Sabah selepas mengungguli acara perseorangan wanita hari ini.
Pada aksi final di Pusat Skuasy Sarawak di sini, Xin Ying yang muncul sebagai 'pembunuh gergasi' selepas mengejutkan Juara Kebangsaan 2024 Aira Azman semalam, bagaimanapun diheret bermandi peluh sebelum menundukkan seorang lagi pemain kebangsaan, K Sehveetrra mewakili Kedah dengan 9-11, 7-11, 11-8, 11-7, 11-8.
Iklan
Iklan
Atlet kelahiran Sandakan berusia 20 tahun itu berkata, perlawanan ini ternyata sukar apatah lagi berdepan rakan seperlatihnya Sehveetrraa.
"Dia tahu corak permainan saya, sama juga saya tahu cara dia bermain. Kami saling mengenali dan agak sukar untuk kami berentap,” katanya.
Iklan
Sementara itu, Aira yang tewas pada aksi separuh akhir semalam, terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa untuk kontinjen Kedah, selepas mengalahkan J Yasshmita dari Negeri Sembilan 9-11, 11-2, 11-4, 11-5.
Perseorangan lelaki akhir pula menyaksikan pemain kebangsaan Joachim Chuah yang mewakili Wilayah Persekutuan mengecewakan pemain Negeri Sembilan, C Ameenshenraj 11-4, 8-11, 7-11, 11-9, 13-11.
Iklan
Pingat gangsa pula milik seorang lagi pemain kebangsaan Low Wa Sern dari Perak yang menewaskan Muhammad Amir Amirul Azhar dari Kelantan 11-4, 11-8, 12-10. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>