Obor perjuangan PN akan terus menyala - Muhyiddin
Iklan
Muhyiddin
SHAH ALAM - Obor perjuangan Perikatan Nasional (PN) untuk membela agama, bangsa dan negara akan terus menyala, meskipun gagal mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa sama mengakui gabungan itu menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi dengan hati terbuka.
Iklan
Iklan
"Paling penting kita terus istiqamah dalam landasan perjuangan yang menguji kesabaran dan ketahanan kita," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan, menang pada PRK DUN Nenggiri dengan majoriti besar 3,352 undi.
Iklan
Beliau memperoleh 9,091 undi dan menewaskan pencabarnya calon Pas, Mohd Rizwadi Ismail mewakili PN yang meraih 5,739 undi.
Sementara itu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengundi yang mengundi calon PN.
Iklan
"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pimpinan dan petugas PN yang telah mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit untuk membantu kempen PN di Nenggiri. Sumbangan dan penat lelah anda semua amat saya hargai," ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>