Kesilapan juruterbang bawa bencana
Iklan
Peluasan lift dump spoiler yang tidak disengajakan ketika pemeriksaan sebelum mendarat dikenal pasti sebagai punca utama nahas udara pesawat Beechcraft yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam tahun lepas. Gambar kecil: Abdul Rahmat
SHAH ALAM - Syarikat pengendali pesawat perlu diaudit secara lebih teliti dan kerap terutama berkaitan pematuhan kepada peraturan penerbangan awam selain menambah baik prosedur pengoperasian bagi meningkatkan tahap keselamatan.
Bekas Pegawai Penyiasat Tentera Udara Diraja Malaysia, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar berkata, perhatian harus diberikan kepada sistem yang dikategorikan sebagai ketidakbiasaan atau kritikal seperti lift dump spoiler.