Agong titah jangan sebar berita palsu koronavirus

Iklan
Noor Hisham (kiri) dan Dzulkefly (dua daripada kanan) merakam gambar kenangan bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah mengingatkan rakyat supaya tidak menyebarkan maklumat dan berita palsu berkaitan penularan wabak koronavirus tanpa usul periksa.

Baginda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas di barisan hadapan yang sentiasa bersedia mengawal keselamatan dan kesihatan negara.

Iklan
Iklan

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebooknya hari ini selepas Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima sembah maklum situasi semasa kejadian jangkitan koronavirus di Malaysia pada jam 11 pagi tadi.

Katanya, baginda meluangkan masa satu jam mendengar penerangan mengenai perkembangan penularan wabak tersebut.

Iklan

Menerusi hantaran tersebut, beliau turut memuat naik sekeping gambar kenangan bersama baginda di Istana Negara.

Turut mengadap Yang di-Pertuan Agong ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Iklan