Insurans penyakit mental wujud, belum dapat sambutan
Iklan
Tidak ramai yang mencarum insurans untuk kesihatan mental kerana menganggap penyakit berkaitan mental kurang penting berbanding penjagaan kesihatan fizikal lain. Gambar kecil: Uzaini Hasyidan
SHAH ALAM - Kebanyakan penyedia insurans di negara ini sudah menawarkan polisi perlindungan penyakit berkaitan mental bagi memberi penjagaan tambahan kepada pesakit terlibat.
Pengurus agensi syarikat insurans, Uzaini Hasyidan Mohamed berkata, perlindungan yang ditawarkan termasuk tuntutan bagi yuran perundingan psikiatri di hospital awam atau swasta.