Satu pertiga rakyat Malaysia berdepan masalah mental
Iklan
Seramai sejuta atau bersamaan 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami isu kemurungan. Foto hiasan 123RF
SHAH ALAM - Peningkatan masalah kesihatan mental di Malaysia semakin membimbangkan apabila secara statistiknya seorang daripada tiga individu akan berdepan masalah tersebut.
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 mendedahkan, seramai sejuta atau bersamaan 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami isu kemurungan.