PRK Nenggiri sengit, seimbang
Iklan
Petugas SPR pada Jumaat membuat persiapan akhir ketika tinjauan di Dewan Perdana, Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang sempena PRK DUN Nenggiri. Foto Bernama
HARI ini, seramai 20,259 pengundi berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri akan menunaikan tanggungjawab mereka sekali lagi bagi memilih wakil rakyat baharu pada pilihan raya kecil (PRK) selepas setahun Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan selesai.
Mengulangi babak ketika PRN, PRK Nenggiri sekali lagi mempertemukan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam pertembungan dua penjuru yang sengit serta seimbang.