Masalah ketidaksuburan pasangan suami isteri pengaruhi TFR
Iklan
Masalah ketidaksuburan pasangan suami isteri antara faktor penyumbang utama kadar TFR rakyat. (Gambar kecil: Abdul Shukur) Gambar hiasan
SHAH ALAM - Masalah ketidaksuburan pasangan suami isteri antara faktor penyumbang utama kadar TFR rakyat.
Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Shukur Abdullah berkata, berdasarkan Kajian Pelan Strategik Kependudukan Ketiga 2017, 37 peratus wanita menghadapi masalah untuk hamil meskipun aktif mencuba sekurang-kurangnya satu tahun.