SEREMBAN - Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban 2, membantu memindahkan seorang lelaki yang mengalami obesiti hingga beratnya mencecah 190 kilogram dari rumahnya di Kampung Takau, Rantau untuk dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, pagi tadi.
Ketua Operasi BBP Seremban 2, Mohd Syazwan Said berkata, seramai lapan anggotanya bersama tiga pegawai perubatan HTJ terlibat memindahkan G Doraisingam berusia 44 tahun dengan menggunakan lori lima tan.