Kaji, akui, rombak
Iklan
Beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik melihat pingat gangsa pada majlis penyampaian pingat dalam acara badminton pada Sukan Olimpik Paris 2024. Foto Bernama
TAK payahlah kita berdalih lagi. Memang ini prestasi terburuk Malaysia dalam Sukan Olimpik. Kita hanya bawa balik dua pingat gangsa dari badminton.
Awang harap kita tak payahlah nak pujuk diri kita"atlet kita sudah mencuba sebaiknya.” Dalam sukan besar seperti ini tak payahlah cakap, ini pendedahan pada atlet. Nak bagi mereka pengalaman.