Banjir di Alor Gajah: 248 dipindahkan ke lima PPS
Iklan
Sebanyak 248 mangsa dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Tanah. Foto APM
MELAKA - Sebanyak 248 mangsa dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Tanah, Alor Gajah di sini setakat 7.30 malam ini berikutan banjir yang melanda kawasan itu susulan hujan lebat sejak pagi tadi.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka berkata, 14 kawasan terjejas banjir membabitkan Kampung Paya Lebar, Kampung Ramuan China Besar, Kampung Bukit Apit, Kampung Ayer Limau, Kampung Sungai Jernih dan Kampung Lekok.
Iklan
Iklan
Selain itu, Kampung Paya Rumput, Kampung Lubok China, Taman Masjid Tanah Ria, Taman Bandar Baharu Masjid Tanah, Kampung Rantau Panjang, Kampung Berisu, Taman Awan Biru, Taman Seri Bayu 2 dan 3 serta Taman Seri Aman turut terkesan akibat bencana itu.
"Setakat ini, PPS Balai Raya Paya Lebar menempatkan 63 mangsa daripada 12 keluarga, PPS Perkim Masjid Tanah (empat mangsa daripada dua keluarga), PPS Balai Raya Kampung Ramuan China Besar (67 mangsa dripada 10 keluarga).
Iklan
"...manakala PPS Balai Raya Ayer Paabas menempatkan empat mangsa dan PPS Taman Dewan Masjid Ar-Rasyidin Seri Bayu 2 (110 mangsa daripada 20 keluarga),” katanya.
Pihaknya menjangka terdapat pertambahan malam ini berikutan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Jernih masih dalam proses mendaftarkan mangsa. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="MB sahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz diputuskan semua Exco Negeri Sembilan"><meta itemprop="description" content="MB sahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz diputuskan semua Exco Negeri Sembilan
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim mengesahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Beliau berkata, perkara itu telah diputuskan secara sebulat suara oleh semua ahli Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada mesyuarat 15 September lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796689/edisi/melaka-ns/mb-sahkan-proklamasi-penurunan-takhta-tuanku-muhriz-diputuskan-semua-exco-negeri-sembilan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KrisisNegeriSembilan #Proklamasi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-17T05:42:13.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P86S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb8thwm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb8thwm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb8thwm"></script>