Keselamatan pelancong asing jadi fokus utama
Iklan
King Sing ketika dalam sesi rakaman program Interviu di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada Rabu.
MENTERI Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mengakui terdapat pemain industri dari sektor pelancongan tidak berpuas hati dengan tindakan kementeriannya dalam menguatkuasakan undang-undang bagi mengukuhkan lagi aspek keselamatan pelancong asing di negara ini.
King Sing berkata, semua pihak perlu bekerjasama dalam usaha menaik taraf segala infrastruktur yang ada termasuk kawalan keselamatan bagi meningkatkan keyakinan sekali gus menggalakkan kemasukan pelancong asing bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara selepas Covid-19.