3,000 penduduk Orang Asli sengsara, jalan utama hancur dilanyak lori
Iklan
Ibrahim (kanan) menunjukkan jalan utama di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis yang menjadi laluan balak hingga ia hancur dan mendap teruk.
GUA MUSANG - Kira-kira 3,000 penduduk di enam penempatan Orang Asli Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis dekat sini menanggung sengsara akibat jalan utama di kawasan itu hancur didakwa dilanyak lori balak.
Penghulu Kampung Merlong, Ibrahim Malijah mendakwa, lebih 20 buah lori balak keluar masuk di laluan sepanjang lebih kurang 80 kilometer itu setiap hari hingga keseluruhan tarnya bukan sahaja hancur malah banyak permukaan jalan mendap teruk.
Menurutnya, jalan utama tersebut menghubungkan kawasan penempatan terbabit ke bandar Gua Musang.
Tambahnya, selain lori syarikat pembalakan, lori perlombongan iaitu bijih timah dan hasil perladangan seperti durian musang king serta getah skrap turut melalui kawasan terbabit.
"Setiap hari anak-anak kampung kami juga ketakutan untuk ke sekolah kerana bimbang kereta atau motosikal dinaiki mereka berselisih dengan lori-lori ini sebab jalan pun memang sempit," katanya ketika ditemui pemberita di RPS Kuala Betis pada Sabtu.
Keadaan jalan yang mendap membahayakan penduduk untuk keluar masuk ke penempatan mereka di Kuala Betis, Gua Musang. Gambar kecil: Rozi dan Angona
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Ibrahim menjelaskan, masalah jalan yang rosak di kawasan tersebut berlaku sejak 1980-an kerana ia memang menjadi laluan utama lori balak.
Ujarnya, kali terakhir jalan tersebut diturap tar pada lima tahun lalu sebelum kembali hancur kemudiannya sehingga ke hari ini.
Justeru, Ibrahim berharap kerajaan negeri dapat menyelesaikan isu jalan rosak itu kerana mereka juga tidak mahu dipinggirkan dari segi kemajuan.
"Kami harap jangan hanya hasil dari kawasan ini yang nilainya mungkin berjuta-juta ringgit diambil dan dibawa keluar tetapi manfaatnya tidak dirasai sendiri oleh penduduk," katanya.
Selain mendap, keadaan jalan di RPS Kuala Betis, Gua Musang juga berlubang.
Enam penempatan tersebut ialah Pos Gob, Pos Tohoi, Pos Simpul, Pos Bihai, Pos Belatin dan Pos Balar.
Sementara itu, Penghulu Kampung Seladak Blok A, Rozi Asot berkata, keadaan laluan itu lebih teruk ketika hujan.
"Jalan akan bertukar becak pada hari hujan jadi sukar untuk penduduk keluar masuk terutama bila hendak ke klinik untuk dapatkan rawatan dan sebagainya.
"Di jalan ini juga sudah banyak berlaku kes lori terbaik. Keluhan hati kami mengenai masalah ini juga sudah berpuluh kali disiarkan pihak media," katanya.
Dalam pada itu, penduduk, Angona Khamis mengakui kesal kerana rintihan mereka tidak mendapat maklum balas sepatutnya.
"Dari dahulu beginilah keadaan jalan, tak ada apa-apa perubahan. Baik pulih cuma sekali tapi dah rosak balik, itupun jalan cuma ditar," jelasnya.
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.