Ambil rasuah, salahkan kaum lain
Iklan
Pengambilan rasuah biasanya didorong atas sikap tamak dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengejar kemewahan dari jalan salah.
AWANG sokong penuh pandangan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay yang kata apabila orang Islam ambil rasuah, jangan salahkan kaum lain.
Dengan pedas beliau berkata, yang tak kuat iman sebenarnya adalah orang Melayu Islam sendiri. Merekalah yang paling banyak terbabit rasuah.