Jalan rosak dibaiki selepas 24 jam terima aduan

Iklan
Turapan jalan rosak di Jalan Khamis dan Jalan Belimbing di Meru, Klang selesai selepas 24 jam aduan diterima.

SHAH ALAM - Beberapa jalan sekitar Klang dan Subang serta lampu isyarat yang rosak dibaiki Infrasel Sdn Bhd (Infrasel) selepas 24 jam menerima aduan orang ramai menerusi laman X.

Infrasel memaklumkan, pihaknya selesai menjalankan turapan jalan rosak di Jalan Khamis dan Jalan Belimbing di Meru, Klang masing-masing pada Isnin dan 2 Ogos lalu.